Resepi Sambal Ikan Bilis bersama pulut dan Ikan masin





Sarapan nasi pulut ikan belanak masin bersama sambal ikan bilis memang mengancam. Sarapan ini memang favourite saya sejak dulu lagi semasa duduk di kampung. Sekali sekala teringat saya akan memasak pulut bersama sambal ikan bilis tu.

Resepi Sambal Ikan Bilis Sedap

Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Cili Kering 20 helai
Air Asam Jawa
Ikan Bilis yang telah digoreng garing
Gula
Garam
Minyak 5 sudu

Langkah Memasak
Bawang merah,bawang putih dan cili kering dikisar halus
Tumis bahan kisar dalam minyak sehingga pecah minyak
Masukkan gula semasa proses awal menumis sambal
Masukkan ikan bilis ke dalam sambal yang dah naik minyak
Selepas beberapa ketika rasa sambal jika kurang masin masukkan garam.
(sebab ikan bilis ni masin jadi kena rasa dulu takut letak garam macam biasa nanti terlajak masin
Masukkan sedikit air asam jawa
Boleh hiris bawang merah sebagai bahan tambahan.
Masukkan air jika sambal terlalu kering, tapi jangan terlalu cair
Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan masin belanak dan Pulut


Catat Ulasan

0 Ulasan