Pengalaman saya merawat anak demam panas




cara-rawat-anak-demam
Anak Saya si Darwisy macam ini lah..tak mahu makan ubat..




Anak saya Darwisy kerap mendapat demam panas. Sejak tahun 2014 Darwisy dah kena demam denggi,demam influenza A(2kali) dan demam tonsil. Dua tahun  ini sahaja 3 kali kami bermukim di hospital. 
Semua penyakit penyakit yang saya sebutkan di atas itu dimulai dengan gejala demam panas. 

Di sini saya kongsikan cerita tentang demam panas.

Apa itu Demam Panas?

Mengikut bahan bacaan dari internet dan surat khabar yang saya baca yang mana maklumat tersebut diambil dari doktor, apa yang dimaksudkan dengan demam panas ialah satu gejala atau tanda badan kita sedang melawan jangkitan kuman atau bakteria. 

MAKSUDNYA DEMAM ITU BUKAN SEJENIS PENYAKIT..DEMAM ADALAH GEJALA ATAU TANDA BADAN KITA MENDAPAT JANGKITAN KUMAN ATAU BAKTERIA .

Demam panas akan berlaku jika badan kita menghadapi jangkitan kuman atau penyakit-penyakit lain yang berinteraksi dengan sistem ketahanan badan. 

Suhu badan manusia yang normal adalah 370Celcius (980F).  Demam biasa pula bermakna suhu kita meningkat lebih daripada 370C tetapi tidak pula melebihi 380C. Demam biasa ini selalunya akan pulih dalam masa 2-3  hari sahaja.

Demam panas pula terjadi apabila suhu melebihi 380C dan berlarutan lebih lama  yang selalunya  disertai simptom-simptom lain seperti batuk dan selesema.

'Viral infection' atau jangkitan kuman satu istilah dalam perubatan bermaksud jangkitan yang disebabkan oleh virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh dijangkiti. Virus ini selalunya menyebabkan demam yang kadangkala tidak terlalu tinggi tetapi boleh juga menyebabkan demam panas dengan suhu mencecah lebih 380C.Walaubagaimanapun, demam virus ini selalunya boleh hilang dalam tempoh dua hingga tiga hari.


Kanak Kanak Memang Kerap Demam

Demam sememangnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan demam yang mereka alami tidak memudaratkan dan akan pulih hanya dengan diberi ubat demam sekali dua sahaja.

Namun begitu, ia juga bergantung kepada penyebab demam tersebut. Contohnya, jika demam itu disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian otak, sudah tentu kanak-kanak itu menghadapi risiko kerosakan otak (meningitis), sekiranya jangkitan itu serius.

Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman di bahagian paru-paru (pneumonia), kanak-kanak tersebut mungkin mengalami masalah pernafasan.

Jangkitan virus juga boleh menyebabkan campak, cacar air dan denggi. Bagaimanapun ada juga demam yang bukan disebabkan jangkitan kuman seperti leukimia atau SLE.

Kanak Kanak berisiko mengalami serangan sawan ketika demam .

Lebih kurang 30 peratus kanak-kanak berusia tiga bulan hingga enam tahun ke bawah berisiko mendapat sawan demam. Sawan demam mungkin berlaku ketika suhu sedang naik ataupun sedang menurun. Anak saya pernah meracau sahajalah semasa demam walaupun masa tu suhu badannya sedang menurun.

Sawan demam mungkin boleh berulang setiap kali kanak-kanak itu demam. Walau bagaimanapun, prognosis sawan demam ini sangat baik dan tidak memberikan kesan di kemudian hari.

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun mudah dijangkiti demam, batuk dan selesema. Lebih-lebih lagi mereka yang telah ke sekolah atau ditempatkan di taska mahupun pusat penjagaan kanak-kanak.

Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai antibodi atau daya ketahanan badan yang kuat untuk melawan jangkitan penyakit.

Apabila mereka bergaul dengan kanak-kanak lain yang mungkin mengalami batuk, selesema dan demam, mereka juga lebih mudah dijangkiti penyakit yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.’’
Demam selalunya disebabkan jangkitan kuman sama ada virus atau bakteria. Demam yang tidak disertai batuk dan selesema selalunya sembuh dalam masa dua, tiga hari dan jarang menjangkiti orang lain.

Sekiranya demam yang disertai batuk dan selesema, ini bermakna ia lebih mudah menjangkiti orang lain kerana kuman selalunya tersebar melalui titisan cecair dari hingus dan air liur.
Sekiranya tidak sihat dan sentiasa terbatuk-batuk atau terbersin, ia akan menyebarkan kuman kepada sesiapa sahaja yang berada di persekitaran yang sama.


Apa yang perlu dibuat semasa anak mengalami demam Panas -Ini Pengalaman saya

1. Pastikan suhu badan anak tidak terlalu tinggi - oleh itu pastikan ada termometer (jangka suhu) di rumah.Boleh beli jangka suhu ketiak atau telinga. Mengikut pengalaman isteri saya yang berkerja sebagai jururawat termometer ketiak adalah termometer yang paling tepat bacaan suhunya. Persoalannya kenapa ada doktor yang lebih suka guna termometer dahi atau telinga?. Mungkin lebih cepat untuk memeriksa ramai pesakit dan mudah berbanding nak guna termometer yang saya sebut tu.Ini logik akal saya sahaja.

2. Beri ubat  demam mengikut arahan doktor atau berdasarkan preskripsi ubat setiap 4 hingga 6 jam.

3. Jika suhu masih tinggi walaupun baru diberi ubat, hendaklah diturunkan suhunya dengan mengelapkan tuala muka basah ke seluruh badan sehingga suhu badannya menurun. Boleh juga guna petua seperti melumur air asam jawa, air rendaman bunga raya. Banyak lagi petua. Dua cara ini memang saya pernah guna untuk mengurangkan panas badan Darwisy semasa demam. 

4. Apabila suhu badan tinggi, anak-anak tidak perlu dipakaikan baju tebal atau diselimut tebal. Tindakan ini akan menambah suhu badan dan seterusnya meninggikan lagi risiko untuk mendapat sawan demam.

5. Penggunaan ubat melalui dubur (Supp Paracetamol) adalah kaedah lain selain melalui ubat makan sekiranya demam terlalu tinggi walaupun telah diberi ubat makan 4-6 jam yang lepas. Cara ini yang kami lakukan kerana Darwisy tak mahu makan ubat dan keadaan badan yang terlalu panas -biasanya ubat makan lambat bertindak berbanding ubat melalui dubur. 

6. Pastikan anak diberi minum banyak air atau susu. Berikan makanan lembut seperti bubur untuk menambahkan tenaga. Bawa anak-anak berjumpa doktor jika mereka masih demam walaupun sudah diberi ubat demam secara tetap selama dua, tiga hari.

7.  Suhu badan manusia secara semula jadi adalah lebih tinggi pada waktu petang dan malam. Di waktu siang, kanak-kanak mungkin masih aktif bermain menyebabkan mereka berpeluh sedikit dan menurunkan suhu badan.

 8. Cara memberi ubat makan samada boleh diberi dengan sudu atau picagari. Si Darwisy pernah juga ibunya campurkan ubat ke dalam susu kerana si Darwisy memang agak susah untuk minum ubat.

8. Sedikit paksaan mungkin diperlukan jika mereka susah makan ubat. Cara ini memang saya lakukan kerana terpaksa kerana perangai Darwsiy yang agak susah makan ubat demam. 
9.Perubatan Islam seperti di Darul Shifa juga adalah ikhtiar yang boleh diamalkan. 



Itulah serba sedikit pengalaman dan tips semasa saya merawat anak demam panas. Sekiranya ada tips tips lain boleh dikongsikan di ruang komen ye. Info info lain tu bukan saya reka reka sendiri semuanya melalui rujukan artikel doktor di internet. 

Kalau tak salah saya saya ambil dari utusan online. Harap dapat membantu ibubapa terutamanya di kalangan ibubapa muda. 





Catat Ulasan

0 Ulasan