Kelayakan Gaji bulanan dan tahunan untuk membeli kereta

List-gaji-layak-beli-kereta

Lelaki ini memberi satu formula mudah bagaimana mahu mengira kelayakan sebenar kita untuk membeli kereta. Formula ini tidak digunakan oleh bank untuk menilai dan meluluskan pinjaman pembelian kereta kita. Sebaliknya ia adalah formula supaya kita tidak terjerat dengan hutang dengan membeli dicluar kemampuan kita yang sebenar. Formula ini mudah sahaja. 

Sebenarnya jumlah gaji tahunan yang kita perolehi adalah menunjukkan kemampuan sebenar harga kereta yang kita patut beli. Ambil contoh begini, kita menerima gaji RM 3,000 sebulan. Jumlah gaji terkumpul bagi setahun adalah sebanyak RM36,000.

Dengan jumlah gaji tahunan tersebut sebenarnya untuk mengelakkan diri kita dibebankan dengan hutang sepattnya kita hanya membeli kereta yang bernilai RM 36,000 sahaja seperti Saga BLM atau Perodua Axia sahaja. Dengan demikian bayaran ansuran bulanan yang kita akan bayar bernilai 15 peratus sahaja daripada kesuluruhan gaji kita. 



Credit : Azizul Azli



Catat Ulasan

0 Ulasan