AYAM PANGGANG HOMEMADE YANG GAGAL

ayam panggang


Aku ,Din, Mail dan Usop menyewa rumah di Bukit Tinggi Klang. Budak dari kampung yang masih naif dengan kehidupan moden di bandar.
Pada suatu pagi Din kebetulan sedang bercuti, kami bertiga dengan Usop pergi ke Tesco yang berhampiran rumah sewa membeli barang keperluan .
Semasa sedang pusing keliling Tesco untuk membeli barang barang makanan, tiba tiba Din mengajak aku ke bahagian makanan basah.
"Nak beli tak ayam ni? ayam ni dah dimarinate. Balik rumah tinggal nak masak je . Lagipun rumah sewa kita aku nampak ada oven".Boleh buat panggang!.
Aku pun mengangguk tanda setuju. Terfikir dalam kepala ayam bakar dalam pinggan...Fuhh sedapnya..
Ok, dipendekkan cerita kami sudah balik ke rumah. Dengan rasa tidak sabarnya, Din memasukkan ayam yang dibeli tadi ke dalam pinggan seterusnya ke dalam oven. Tombol oven dipusing sesuka hati.Selepas menunggu kira kira 2 minit ....TING!
Kami bertiga bergegas ke dapur dengan penuh excited dan membuka pintu oven. Alangkah sedihnya ayam masih belum masak.
Aku pun cakap kat Din:
"Kena pusing lama lama sikit kot, cuba kau pusing sampai full".
Din pun menerima cadangan aku. Kami menunggu lagi dengan sabar sambil menonton TV.
Setelah lama menunggu,akhirnya oven tu berbunyi lagi , ting! . Kami sekali lagi bergegas ke dapur.Dalam kepala aku, ayam bakar! ayam bakar! fuhh sedapnya
Lagi sekali kami kecewa. Ayam masih lagi tak masak masak. cuma rasa panas sahaja. Usop dengan selambanya cakap kat kami berdua.
"Aku rasa oven ni dah rosak. Sebab tu panas je, tak boleh masak. Kita goreng je la. Lagipun perut aku ni dah lapar".
Kami akhirnya menerima cadangan Usop itu. Ayam yang ingin dipanggang di dalam oven itu, akhirnya digoreng dalam kuali buruk saja.
Seminggu kemudian, Din kata kat aku
'Kau tau tak Yus oven ni namanya Microvave...tak boleh masak cuma boleh panaskan makanan je" sambil ketawa...hahaha

Catat Ulasan

0 Ulasan