BERTUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SHARIAH


kwsp-patuh-shariah

Bermula pada 8 Ogos 2016 semua pendeposit KWSP yang beragama Islam kini boleh menukar Simpanan KWSP mereka ke simpanan KWSP yang patuh shariah.

Sejumlah RM100 billion dana telah diperuntukkan untuk Simpanan Shariah pada tahun 2017. Tarikh berkuatkuasa simpanan shariah yang didaftarkan pada tahun ini akan  bermula pada januari 2017. 

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah. 

Ini bermaksud 100% duit KWSP yang ada  dalam akaun  boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun sekiranya masih ingin membuat penyucian" dividen, boleh mengikut garis panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) yang akan dikeluarkan kelak. 

                                 

Dokumen yang diperlukan semasa proses penukaran ini hanyalah membawa kad pengenalan sahaja. 

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan simpanan KWSP PATUH SHARIAH dan cara bertukar ke simpanan tersebut boleh melawat link KSWP yang diberikan di bawah:




Catat Ulasan

0 Ulasan