Cara yang betul Rebus Ikan

Asalamualaikum, kali ini aku nak kongsi  satu cara yang betul membuat ikan rebus daripada satu perkongsian di Facebook.

Sebenarnya buat ikan rebus ada caranya. Tak kena dengan cara ikan rebus akan cepat rosak dan tak tahan lama.

Antara cara yang tak betul ialah bila rebus ikan sampai air melimpah dari periuk.

Sebenarnya cara yang betul macam ni.

Baca resepi kat bawah ni elok elok.


1kg ikan disiang  dan dicuci bersih.

7 kpg asam gelugur atau ambil asam jawa sebesar penumbuk.
Garam segenggam.
Seinci halia, hiris nipis.
Sebatang serai hiris nipis
2 sudu cuka makan.

Susun separuh ikan  dalam periuk.
Tabur semua bahan kecuali garam dan cuka.
Susun separuh lagi ikan.
Tabur garam dan letakkan cuka.
Tak perlu masukkan air kerana air akan terhasil sendiri dari proses ini.

Tutup periuk, buka api dapur kecil sahaja

Lebih kurang sejam ikan kukus dah  jadi pejal dan wangi.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
letakkan cuka tu maksudnya mencurahkan cuka atas ikan atau memasukkn ke dalam mangkukkuali jadi sebagai air rebusan ikan?
yusri berkata…
masukkan ke dalam periuk yang
dah dimasukkan ikan.