Masa ,Jarak dan jauh




Apabila seseorang ingin mengetahui mengenai perjalanan ke sesuatu tempat. Biasanya jawapan  akan di beri adalah  masa yang diambil untuk tiba berbanding jarak tempat tersebut.
Contoh soalan macam ini:
Salim: Berapa jauh rumah kau dengan Kuala Selangor?
Nizam, : Ada la dalam 30 minit.

Sepatutnya jawapan yang tepat begini:    

Nizam: Jaraknya ada la dalam 30.7 KM.

Kecuali jika orang yang bertanya terus bertanya tentang jam perjalanan. Maka jawapan pertama itu memang tepat dengan konteks soalan.  

Kesimpulannya ialah  masa yang diambil untuk ke sesuatu tempat adalah lebih difikirkan dan diutamakan dari pada jumlah jarak kilometer.


Catat Ulasan

3 Ulasan

pizli.mw berkata…
Hahahaha, tapi memang betul pun, bila aku cakap kampung aku kat Sungkai orang tanya berapa jam.. Hehe..
YUSRI berkata…
kadang kadang ada jugak yang direct tanya berapa jam.Ada kala yang tanya berapa jauh.Jawapan yang tepat ialah jumlah KM la kan?..
ondscene berkata…
secara puratanya, jikalau di jalan bandaran, hubung kait antara jam dan km, kadang2 tdk boleh diguna pakai langsung kerana kesesakan jalanraya yg tidak menentu.
begitu juga di jalan persekutuan.
tetapi, jika di lebuhraya, perkiraan jam atau km boleh dibuat anggaran.
1 minit bersamaan kira-kira 1 km hingga 1.5km, atau 1 km bersamaan kira-kira antara 45 saat ke 1minit
jadi jika sebut 30 minit, ianya anggaran jarak kira2 30 km atau kurang